Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Sabtu, 24 April 2010

Wahai Tuhanku.


Wahai Tuhanku yang menjadikan langit dan bumi, mencipta sekalian alam, selepas ini hambaMu pasrah terhadap apa yang telah hambaMu lakukan bersama mereka yang terlibat langsung mengemudikan wadah dakwah yang kami namakan Cahayafm ini.

Wahai Tuhanku yang Maha mengetahui segenap aliran nafas zahir dan batinku ini, peluh yang mengalir di dahi, geletaran kelaparan, tidur yang tidak cukup serta fikiran yang melayang2 ke satu destinasi, aku ingin benar melihat saudara2ku bersama-sama memanfaatkan Cahayafm ini, mempergunakannya dengan bersungguh demi mendaulatkan dan mengagungkan kebesaranMu, di samping dapat membuka pintu2 hati saudara2 kami yang belum Islam menerima segmen2 yang bakal kami keudarakan nanti.

Wahai TuhanKu yang Maha mengasihani, dalam pengetahuanMu jua airmata ini sering keluar sejak akhir2 ini kerana mengharapkan usaha dakwah maya ini diterima menjadi amal bakti kami sebelum kami menemuiMu pada waktu yang apabila datang saatnya, tidak akan dilambatkan atau walau sesaat.

Ya Tuhanku, dalam pengetahuanMu juga sejak akhir2 ini ubat putih ini menjadi jambatan buatku mendapatkan kesegaran pernafasanku , jika tidak hampir2 nafas ini tidak dapatku sedut kerana sakit yang telahKau beri padaku demi menghapus dosa2ku. Subhanallah, inikan janjiMu pada hamba2Mu. Rabbi, berilah hambaMu ini kesabaran dan keimanan yang kental agar tiada ruang iblis dan syaitan masuk ke rongga2 raguku.

Tuhanku, datangkanlah hamba2Mu untuk menyambung perjuangan selepas ini kerana melihat usia sunnah NabiMu, hambamu ini kian hampir pada saat kepastian untuk bertemu dan bersamaMu selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM