Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Sabtu, 17 April 2010

Tahun ke 10 Kenabian.


Perutusan sempena hari ke-10 kelahiran Cahayafm di dunia maya.

Dalam sejarah dunia Islam, tahun ke-10 kenabian menyaksikan dua orang pendamping setia , iaitu manusia yang sangat dicintai dan disayangi nabi telah meninggalkan baginda buat selama-lamanya. Baginda bagaikan kehilangan tempat bersandar kerana kedua-dua penyokong dalam dan luar baginda telah tiada. Namun, kesemua itu bukanlah penyebab untuk baginda berputus asa dan menghentikan dakwah Islam yang suci kerana baginda Rasulullah S.A.W menyedari hakikat ujian yang diturunkan oleh Allah kepada baginda. Baginda adalah rasul terakhir, yang memikul segala beban dan amanah dalam memastikan risalah suci ini terus bertahan di atas muka bumi ini. Beruntunglah kekasih Allah tersebut kerana mendapat tarbiyah rabbani yang didatangkan khas dari Rabbul Jalil sekali gus telah mengangkat martabat baginda sebagai insan paling mulia di langit dan bumi. Kisah ini cukup penting untuk kita renungkan agar kita tahu perletakan setiap diri umat Islam benar2 berada di tempat yang menguntungkan pada perjalanan sejarah perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Dalam masa sesingkat ini, Cahayafm telahpun mendapat sokongan daripada individu pelbagai latar belakang pendidikan dan jawatan serata dunia. Alhamdulillah, cuma mereka belum mengaktifkan siaran bersama Cahayafm. Justeru, sempena hari ke-10 Cahayafm ini berada di gelanggang maya, saya menyeru agar rakan2 FB Cahayafm dapat mengaktifkan radio anda setiap kali online. Biar waktu luang kita berkongsi maklumat, bertanya khabar sesama ahli atau bersantai di FB menjadi ruang sambilan kita mendengar lagu2 nasyid dan info2 di Cahayafm. Sungguh, kehadiran anda di Cahayafm setiap kali kami mengaktifkannya membuatkan kami lebih kuat memikirkan segmen yang wajar kami ke udarakan. Bukan itu saja, keaktifan anda bersama kami pasti mencabar kami untuk lebih berfikir akan adunan hidangan terbaik yang sesuai dihidangkan di Cahayafm termasuklah info2 dan ilmu2 .

Ikhwanku yang dirahmati Allah, sempena hari ke-10 kelahiran Cahayafm ini, sekali lagi saya mengajak atas dasar seislam agar mengaktifkan diri anda bersama Cahayafm. Jika tidak, kewujudan Cahayafm ini tiada ertinya pada dunia Islam dan ini amat sedih seperti sedihnya kisah kesedihan nabi saat dua manusia terpenting di sisi baginda S.A.W. meninggalkan baginda.

Ikhwanku seislam, Cahayafm ini milik kita bersama kerana asas binaannya dengan niat memaslahatkan dunia Islam. Ayuh kita jadikan Cahayafm ini gedung info maya buat dunia Islam. Campakkanlah ilmu anda di ruangan FB walau sedikit, untuk dimanfaatkan oleh sahabat2 yg perlu dan dahagakan ilmu. Daripada menghabiskan sepenuh masa di ladang angan2 ciptaan Yahudi atau menghabiskan masa membaca umpatan2 sesama kita, biarlah kita luang masa yang ada untuk memaslahatkan diri kita, biarpun sedikit.

Akhir sekali, atas nama seislam, tolong Cahayafm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM