Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Jumaat, 20 Julai 2012

Jumaat, 15 Jun 2012

Khamis, 22 September 2011

Ahad, 5 Jun 2011

Masjid Kundasang


Tiada alasan untuk kita berkata kain tiada, seluar bernajis untuk ke masjid Kundasang kerana masjid ini menyediakan kain sarung, kopiah dan kain telekung yang bersih untuk anda pakai ketika solat. Sangat wajar pihak masjid di seluruh negara menyediakan kain dan peralatan ibadah lain untuk para musafir seperti di masjid Kundasang. Sekian kali persinggahan saya di masjid ini, sempat saya mengemukakan cadangan kepada Pegawai Tadbir JHEAINS Ranau, Ustaz Rauf agar pihak JHEAINS menyediakan talian strymix di surau-surau dan masjid-masjid untuk memudahkan Cahayafm mengadakan siaran langsung khutbah Jumaat selain dimanfaatkan sebaiknya oleh warga surau dan masjid khususnya dalam penyebaran dakwah dan info Islam. Setakat ini, masjid Pekan Ranau dan Kundasang bersetuju dengan cadangan ini.

Ahad, 15 Mei 2011

Buat Guru


Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan di kenang sepanjang zaman.

Selasa, 10 Mei 2011

KEMBARA DAKWAH




Kembara Dakwah ke Negara China pada Julai 2011 merupakan penutup kepada beberapa siri kembara sebelum ini. Namun, siri umrah kali kedua bakal diadakan dan ia melibatkan imam-imam qaryah dan juga bilal-bilal daerah Ranau. Kenyataan ini diberikan sendiri kepada Cahayafm oleh Tuan Haji Safrin bin Karim dalam pertemuan baru-baru ini bertempat di kediamannya. Umum layak memberi penghargaan kepada individu-individu seperti beliau kerana kedudukan mereka sebagai sebahagian penggerak dakwah dalam masyarakat. Dalam perbualan, beliau menambah bahawa sekembali dari Kembara Dakwah Negara China serta sejurus terlaksana Karnival Aidilfitri, pembentukan AJK bertindak bagi merealisasikan pembinaan pondok di sebuah kawasaan yang telah dikenalpasti sesuai dijadikan pusat tarbiah bagi anak-anak Dusun bakal diadakan. Pewujudan pusat ini sekali gus akan menjadi mercu tanda kembara-kembara dakwah yang telah dilakukan.

Meskipun Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama telah wujud di daerah Ranau, tetapi hanya individu atau murid yang memenuhi syarat serta layak sahaja yang dapat memasuki institusi ini. Justeru, individu serta saudara-saudara seislam yang tidak mempunyai sijil-sijil kelayakan serta dalam waktu yang sama memerlukan ilmu serta tarbiah Islam harus diambilkira keperluan mereka untuk memasuki mana-mana institusi. Adalah menjadi harapan agar kewujudan pondok itu kelak bakal memenuhi keperluan golongan-golongan berkeperluan seperti mereka.

Tuan Haji Safrin turut menyebut beberapa nama yang terlibat dalam kembara sebelum ini termasuklah Tuan Hj. Rauf, saudara Mohd Ayub Jamirin, saudara Asmin bin Nasir serta beberapa individu aktif dan terlibat langsung dengan aktiviti-aktiviti dakwah di Ranau. Harapan beliau agar siri kembara yang telah terlaksana bakal memberikan pengalaman dan ilham kepada semua yang terlibat sekali gus mempergunakan segala pengalaman itu dalam membangunkan Islam di Ranau. Ia sesuailah dengan tanggungjawab Tuan Haji Safrin sendiri sebagai Ketua Biro Ekonomi dan Kebajikan Badan Dakwah Ranau .

Pengalaman melihat pondok-pondok yang giat dibangunkan pejuang-pejuang agama di Indonesia sudah cukup membangkitkan semangat dan membuka minda para peserta kembara. Harapan Tuan Haji Safrin agar gabungan kekuatan tenaga, fikiran, ilmu, kewangan serta apa jua yang dilakukan oleh semua pihak untuk agama Allah tanpa berhitung kira atau mempolitikkannya mudah-mudahan dinilai Allah sebagai kebaikan. Sebagaimana Allah mengamanahi beliau dengan kekayaan, maka, seperti itu jugalah menjaga kebajikan agama, turut dilihat beliau sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilakukannya sebelum ajal.

Di akhir pertemuan saya dengan beliau, sempat saya mengimbau kisah-kisah beliau sebelum dan selepas kaya. Sebagai individu Islam serta sahabat, tegur-menegur dan saling ingat-mengingatkan untuk kebaikan itu adalah kewajipan. Sewajarnyalah kita memberi sokongan terhadap usaha-usaha baik yang dilakukan oleh Tuan Haji Safrin.

Khamis, 14 April 2011

Suara Hati Bersama Cahayafm

Suara Hati Bersama Cahayafm

1. Cahayafm.net | Murabbi. net | Ikhwan Muslimin
2. Cahaya.FM | Demi Masa
3. Komuniti Pendengar Cahayafm

SUARA HATI BERSAMA CAHAYAFM (SHBC) yang sedang menjalankan kempen kepada pendengar dan pembaca untuk menghasilkan karya puisi, madah dan gurindam serta bakal dibukukan kesemuanya sempena sambutan ulang tahun pertama Cahayafm ke 1 thn pada 25 Sept 2011 sedang mengintai pos2 menarik dan mendapat perhatian di 3 laman di atas. Pos2 ini bakal dijadikan sisipan dalam kumpulan karya tersebut sebagai penghargaan atas sokongan anda kepada Cahayafm. Walau bagaimanapun, hanya karya atau artikel asli yang akan dipilih untuk projek ini.

Bermula sekarang, anda semua dialu-alukan membuat pos menarik yang dapat menggamit pembaca mengulas, memberi maklumbalas atau seumpamanya agar tulisan anda menjadi sisipan dalam program SHBC. Kepada penulis2 muda yang berminat, teruskan menghantar karya anda. InsyaAllah, kami akan mengedit tulisan2 anda mengikut keperluan namun masih tetap menjadi milik anda. Semoga cara ini sedikit sebanyak membantu anda untuk terus berkarya.

Hantar karya anda di laman SUARA HATI BERSAMA CAHAYAFM.
http://www.facebook.com/pages/Suara-Hati-Bersama-Cahayafm/205468776144727?sk=wall

Rabu, 13 April 2011

Suara Hati Bersama Cahayafm

Suara Hati Bersama Cahayafm – mulakan tulisan anda sekarang.

Kami perlukan tulisan2 anda dalam bentuk yang telah ditentukan. Antara ciri buku Suara Hati Bersama Cahayafm; gambar setia penulis akan dijadikan latar karya2 anda di samping alamat web, blog dan facebook anda turut disertakan.

Jadikan realiti pengalaman anda di Cahayafm sebagai sejarah Cahayafm. Mungkin hari ini, ia tidak bermakna tetapi, siapa tahu esok ia amat berharga buat anda. Karya hendaklah asli dan belum diterbitkan di mana2 majalah, akhbar dan sebagainya.

Sama2 kita jadikan hasil2 karya dalam buku SHBC sebagai kenangan terindah dalam hidup kita di samping hadiah hari lahir ke 1 tahun Cahayafm pada 25hb Sept 2011. Semua muslimin dan muslimat dialu-alukan menyertai program ini.

Tulis di ruangan page ini

http://www.facebook.com/pages/Suara-Hati-Bersama-Cahayafm/205468776144727?sk=wall

Sabtu, 12 Mac 2011

Baju Cahayafm


Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah minggu ini, program mencari dana untuk membantu beberapa keluarga mualaf dilancarkan. Untuk tujuan ini, Cahayafm melancarkan jualan amal berupa baju koperat dan baju T-shirt (contoh; seperti dalam gambar). Bagi pendengar dan fan Cahayafm yang berminat mendapatkan baju ini, sila maklumkan butiran seperti saiz baju dan jenis ( baju koperat /baju T ) Harga setiap baju akan dimaklumkan selewat-lewatnya Isnin, depan. Kepada yang berminat bolehlah membuat pesanan melalui emel cahayafm@yahoo.com.my Nota; Bentuk baju sebenar akan diposkan pada Isnin ini. Logo tulisan Cahayafm adalah kekal.





Assalamualaikum.
Setelah mendapat sebutharga baju yang dicadangkan , berikut disenaraikan harga baju2 mengikut jenis termasuk belanja pos ( penghantaran ).

1. Baju Koperat Lelaki termasuk penghantaran, RM 100 sehelai
2. Baju Koperat Perempuan Berlengan Panjang termasuk penghantaran,RM 120 sehelai
3. Baju T-shirt berkoler, RM 60.00 sehelai
4. Jaket Hitam Executive, RM 150 sehelai

Memandangkan setakat ini, tempahan yang dibuat masih dalam bilangan kecil maka, tempahan hanya akan dihantar selepas bayaran dibuat.

Nota; Kepada yang berminat sila hantar butiran2 berikut ke emel cahayafm@yahoo.com.my ; Nama penuh ( Nama yg dicadang untuk dicetak pada baju), saiz baju, alamat pos, nombor telefon dan emel. Untuk tujuan pembayaran, sila hantar ke akaun CIMB 10050028824528 ( No. perhubungan 019 -8827449; Nazri )

Sabtu, 15 Januari 2011

Alangkah Baiknya

Sudah berkali saya tulis dan keudarakan secara langsung di Cahayafm agar umat Islam bangkit dan terus bangkit mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing demi Islam, lebih-lebih lagi dalam memperkata dan meperjuangkan Islam. Apa maknanya kita hanya tahu berkata itu dan ini tapi tidak berbuat? Janganlah kita jadikan ayat2 Quran dan hadis sebagai sandaran hujah ilmu tapi tidak berbuat kerja ke arah intipati ayat2 itu atau lebih jelasnya ke arah Islam. Alangkah baiknya kalau kita berhujah dan dalam waktu yang sama, sama-sama bekerja demi Islam. Alangkah baiknya juga kalau kita tanya diri masing2, apa sumbangan kita terhadap Islam ? Memberi komen dan kritikan memanglah dibolehkan untuk mencari yang terbaik daripada yang terbaik. Namun, tidak cukup jika hanya memberi kritikan tapi tidak memberi jalan. Orang yang buta harus dipimpin tangannya untuk sampai ke masjid, bukannya ditempelak dan dikutuk dalam hati dengan kutukan “ bodoh, tak tahu jalan!”. Bukankah dia buta? Jika begitu, siapakah sebenarnya yang buta? Tamsilan ini seharusnya kita fikirkan bersama. Usahlah membuang masa untuk menidakkan kerja-kerja orang yang bekerja.


Andai Cahayafm dilihat kurang cantik, tidak menarik dan hodoh, kenapa tidak datang dan sempurnakan kecacatan yang ada. Ini lebih baik dari menambah dan menconteng arang atau menghumban tahi padanya. Kedatangan cerdik pandai amat dialu-alukan di Cahayafm untuk sama-sama bekerja dan mengambil alih Cahayafm demi Islam.

Sabtu, 4 Disember 2010

Kerjasama


Alhamdulillah.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk saya menulis artikel gembira ini.

Pada hari Sabtu 4 Disember yang lalu, pihak Portal Islam Murabbi.Net telah memeterai Kerjasama dengan sebuah Stesen Radio Islam Online Pertama iaitu Cahayafm.net. Mungkin sudah ramai yang tahu akan kewujudan Radio Cahayafm.net ini. Oleh itu, saya ingin mengajak Ahli Usrah Murabbi.net untuk bersama-sama mendengar radio Cahayafm.net sambil layari Portal Islam Murabbi.Net

Kami juga ingin berterima kasih kepada Cahayafm.net kerana mengwar-warkan Murabbi.net di Radio rasmi mereka..Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa pihak Cahayafm.net. Semoga Portal Islam Murabbi.net dapat dijadikan bahan untuk cahayafm.net menyebarkan dakwah di radio mereka

Semoga dengan wujudnya kerjasama ini dapat bersama-sama menyebarkan Dakwah Insyallah. Kami juga mengalu-alukan kepada mana-mana NGO serta mereka yang berminat untuk Berkerjasama dengan Portal Islam Murabbi.net


Sekian

Terima Kasih

Mohamad Hilmi Bin Mohamad Ariffin
Presiden Portal Islam Murabbi.Net

Kod HTML Player Cahaya.FM