Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Khamis, 27 Mei 2010

Ceritaku Ceritamu.




Apa benar anda seorang Islam ? Ya, benar saya seorang Islam. Apa buktinya anda seorang Islam ? Nama saya, Adam bin Karim. Malah, bapa dan ibu saya juga Islam. Sungguhkah ? Ya, benar. Boleh anda buktikan lagi ? Kenapa? Tidak percaya ?( marah ). Bukan tidak percaya, juga tidak ragu. Cuma , saya tidak lihat tanda2 anda seorang Islam. Saya tidak makan makanan yang haram, saya pakai tudung bahkan semua ahli keluarga saya juga pakai songkok dan kupiah putih ( dengan yakin )

Tapi saya belum yakin keislaman anda, kerana saya melihat dalam kembara saya orang2 seperti anda terlalu banyak sayangnya saya tidak lihat kebenaran mereka itu Islam dan begitu juga anda. Kenapa ? kerana saya melihat mereka tidak pergi @ singgah ke masjid dan surau sebagaimana saya lihat di Mekah dan Madinah ketika saya kembara di sana. Apa Islam di Mekah dan Madinah tidak sama dengan Islam anda ? Oooh tidak, ia sama sahaja. Jadi, kenapa anda tidak melakukan solat di masjid atau surau sepanjang kita bersama ?

Sabtu, 8 Mei 2010

Percikan Minda 2


Tanpa disedari atau tidak, manusia hari ini banyak menghabiskan usia dan masa mencari makan, mencari kepuasan diri, memewahkan keluarga dan pelbagai perlakuan yang mengundang lalai. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ungkapkan ini, lalu berhenti membaca langsung tidak menghabiskan artikal yang saya namakan percikan minda ini atau barangkali marah2 dan melontarkan kata2 atau bahasa kesat untuk saya. Seketika saya minta anda bersabar dan bertenang . Bagi muslim, beristighfarlah dulu.


Hidup ini bukanlah sekadar mencari makan, kepuasan dan berkeluarga saja. Tugas yang lebih utama dari itu ialah sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud “ tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkan beribadah padaKu”.

Untuk membuktikan benar atau tidak kita lalai dan terfokus hidup seperti disebutkan tadi, mari kita sama2 jawab persoalan ini;


Dalam sehari semalam berapa jam hati dan fikiran kita terus berdenyut ingat Allah dan RasulNya, justeru berzikir dan berselawat? Apa setiap denyut jantung dan hembusan nafas kita ingat Allah? Berapa jam pula kita peruntukkan untuk solat dan membuat kebajikan yang melibatkan fizikal kita? Apa fikiran kita terus ligat memikirkan perjuangan atau merancang gerak kerja dakwah?

Dengan jujur, pasti kebanyakan kita menjawab, ‘aku lalai’ . Mengira usia kita kini, ternyata puluhan tahun kita hidup dalam kelalaian. Malanglah kita kalau begini. Jadi, apa harus kita lakukan sekarang ?


1. Cepat2 kita bertaubat. Ruang dan peluang yang singkat ini, mari kita pergunakan sebaik mungkin. Masa ini adalah masa kecemasan. Bila2 saja wisel tamat masa hidup akan ditiup dan hidup kita di dunia akan tamat.


2. Kurangkan aktiviti melalaikan. Antaranya duduk di kedai kopi berjam-jam sambil bercerita kosong. Perbanyakkan masa bersama jamaah di masjid dan surau. Hadirkan diri dalam program2 ilmu.


3. Cari sahabat yang jiwanya hidup kerana sentiasa mengingati Allah. Bacalah buku untuk menambah ilmu dan selalulah berhubung dengan kelompok2 dakwah.


Tanda2 Hati Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)



Selasa, 4 Mei 2010

Percikan Minda



Mari kita fikirkan sejenak, sejauh mana alam maya ini benar2 dimanfaatkan ruangnya oleh umat Islam . Sejauh mana peluang maya ini digunakan untuk menyatakan kebenaran ajaran Islam sebagai cara hidup dengan al-Quran sebagai petunjuk, tentang lapangan solat yang menjadi tempat berhibur umat Islam di kala sepi mencengkam jiwa , ruang waktu untuk bercanda membisikkan rindu pada pencipta, sementara dakwah sebagai pentas perebutan pangkat dan darjat di sisi Allah. Perkara2 ini amat sedikit dijadikan pos2 di kalangan umat Islam yang aktif memasuki alam maya berbanding pos2 yang membunuh hati dan jiwa para pembaca, pos2 tentang curahan perasaan , pertanyaan khabar saban waktu sesama rakan dan macam2 lagi. Kalaupun ada bau2 Islamik, sekadar memberi salam di awal bicara dan pengakhir bicara. Amatlah merugikan jika ruang seluas ini berlalu pergi dengan perkara2 remeh, sedangkan pintunya terbuka tanpa syarat, begitu luas untuk umat Islam menyatakan ingatan2 dan nasihat2 yang boleh diambil dari pelbagai sumber kitab2 dan karangan2 para ilmuan Islam. Itupun jika beralasan tidak layak bercakap tentang Islam kerana tiada ilmu Islam. Malangnya, umat Islam tidak mahu merebut ruangdan peluang di hujung jari.

Benarlah kata2 Nabi bahawa di akhir zaman nanti, umatku bagaikan buih banyaknya tapi kuallitinya tidak menepati sirim mukmin seperti yang Allah dan Rasul gariskan. Kita lihatlah di mana2 . Apabila diadakan acara2 keagamaan berbentuk pengajian dan ceramah di surau2, masjid2 , dewan2 hatta di padang terbuka, kedatangan dan keterlibatan masyarakat Islam bagaikan dipaksa2. Buktinya, perkara berkaitan kehadiran bakal disentuh setiap kali mesyuarat penganjuran majlis dijalankan, menunjukkan kehadiran untuk majllis2 sebegini membimbangkan. Maka, wujudlah istilah pencukup korum yang terdiri daripada wakil2 jabatan yang diwajibkan kehadiran mereka selain pelajar yang juga sering dijadikan penutup kekurangan2 ini. Bukannya tidak baik, tetapi sepatutnya kita sama2 mencari jalan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan supaya keterlibatan segenap masyarakat wujud bahkan mereka turut serta mengambil bahagian. Namun sehingga hari ini, pihak2 berkaitan belum menemui jalan keluar menangani masalah ini.

Begitu juga dengan dunia maya yang saat ini menjadi kegilaan seluruh dunia. Jumlah pelayar boleh di lihat secara langsung di skirin laptop dan pc pelayar jumlah pelayar setiap waktu dengan hanya menekan butang2 tertentu yang disediakan oleh pihak pembuat laman2. Kita dapati pelayar2 ini bukan saja orang bawahan, malah peringkat pimpinan tertinggi setiap negara juga turut serta di dunia maya. Topik yang biasa dan sering dilontarkan adalah bertanya khabar, melampias tekanan2 disebabkan beban kerja, pemberitahuan kejayaan peribadi, politik semasa, persatuan, hiburan, mengumpat sesama sendiri, bertikam lidah, melepaskan geram, mencari kesalahan orang lain, perniagaan, menunjuk-nunjuk dan sebagainya . Hampir kesemuanya tidak memberi lonjakan keinsafan dan kesedaran sehingga mampu mengubah tindakan dan gerak kerja kepada umat Islam.

Menyedari keadaan ini, umat Islam sepatutnya mengambil ruang ini untuk merawat dan membina keyakinan2 yang rosak pada masyarakat dunia Islam khususnya. Namun , hanya sedikit individu yang melakukannya dan kalau adapun sedikit yang mengetahuainya kerana kesilapan pihak pembuat halaman ilmu itu tidak berhabisan mengADD mana2 pihak atau kesilapan pihak yang menerima tidak bertanggungjawab menyebarkan kepada rakan2nya, jika umat Islam benar2 mengambil peluang perkara ini pasti setiap saat dunia ini boleh dikuasai oleh umat Islam dalam penyebaran ilmu dan info berdasarkan jumlah umat Islam di seluruh dunia. Inilah sepatutnya yang umat Islam wajar lakukan berbanding membuang masa berjam-jam di depan laptop atau pc hanya semata-mata menjadi petani maya yang merugikan segala aspek kehidupan . Kesihatan merosot, mata semakin rabun dan sebagainya.

Kalau sepanjang melayari dunia maya, hati dan fikiran berzikir pada Allah ataupun berselawat, masih ada manfaatnya. Kalau kosong jiwa dan hati mengingati Allah tika itu, bagaimana kalau nyawa tiba2 dicabut, apa masih kita mampu mengucap dua kalimah syahadah? Fikirkanlah!

Ahad, 2 Mei 2010

Tazkiroti.



Peringatan buat diriku dan saudara2 seagamaku. Zaman ini terlalu banyak lorong perdebatan ilmu sehingga mewujudkan kelompok2 kecil yang masing2 menyatakan bahawa merekalah yang benar, merekalah yang mengikut Quran dan sunnah nabi, mereka jugalah yang dijanjikan syurga oleh Allah dan merekalah semuanya. Suara2 ini tidak akan pernah berhenti dan sunyi. Dari sudut ilmu, perdebatan itu adalah budaya para alim ulamak mencari kesepakatan dan kebenaran dengan rujukan Quran dan sunnah di samping kitab2 muktabar. Namun , kebelakangan ini gelanggang perdebatan ilmui telah dijadikan medan menjatuhkan satu2 pihak dan menjulang satu pihak lain. Amat jelas,bauran emosi dan akal fikiran sama sekali tidak boleh dijadikan sumber kebenaran dan hukum meskipun akal itu sihat dan genius kerana, akal bisa sahaja dikuasai iblis dan syaitan. Akal harus ditundukkan dengan iman dan taqwa, jika tidak pasti ia merapuh dan kesarungan. Ingatlah, jasad itulah tempat akal berpaut, nafsu juga terletak dalam jasad, demikian iman pun terletak pada jasad. Ketiga2 makhluk ini masing2 akan menuntut hak2nya. Nafsu menuntut agar mendapat kepuasan, ibllis dan syaitan adalah mentor pada nafsu. Iman pula menuntut agar hati dan fikiran yakin pada semua hukum Allah.

Kod HTML Player Cahaya.FM