Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Selasa, 4 Mei 2010

Percikan Minda



Mari kita fikirkan sejenak, sejauh mana alam maya ini benar2 dimanfaatkan ruangnya oleh umat Islam . Sejauh mana peluang maya ini digunakan untuk menyatakan kebenaran ajaran Islam sebagai cara hidup dengan al-Quran sebagai petunjuk, tentang lapangan solat yang menjadi tempat berhibur umat Islam di kala sepi mencengkam jiwa , ruang waktu untuk bercanda membisikkan rindu pada pencipta, sementara dakwah sebagai pentas perebutan pangkat dan darjat di sisi Allah. Perkara2 ini amat sedikit dijadikan pos2 di kalangan umat Islam yang aktif memasuki alam maya berbanding pos2 yang membunuh hati dan jiwa para pembaca, pos2 tentang curahan perasaan , pertanyaan khabar saban waktu sesama rakan dan macam2 lagi. Kalaupun ada bau2 Islamik, sekadar memberi salam di awal bicara dan pengakhir bicara. Amatlah merugikan jika ruang seluas ini berlalu pergi dengan perkara2 remeh, sedangkan pintunya terbuka tanpa syarat, begitu luas untuk umat Islam menyatakan ingatan2 dan nasihat2 yang boleh diambil dari pelbagai sumber kitab2 dan karangan2 para ilmuan Islam. Itupun jika beralasan tidak layak bercakap tentang Islam kerana tiada ilmu Islam. Malangnya, umat Islam tidak mahu merebut ruangdan peluang di hujung jari.

Benarlah kata2 Nabi bahawa di akhir zaman nanti, umatku bagaikan buih banyaknya tapi kuallitinya tidak menepati sirim mukmin seperti yang Allah dan Rasul gariskan. Kita lihatlah di mana2 . Apabila diadakan acara2 keagamaan berbentuk pengajian dan ceramah di surau2, masjid2 , dewan2 hatta di padang terbuka, kedatangan dan keterlibatan masyarakat Islam bagaikan dipaksa2. Buktinya, perkara berkaitan kehadiran bakal disentuh setiap kali mesyuarat penganjuran majlis dijalankan, menunjukkan kehadiran untuk majllis2 sebegini membimbangkan. Maka, wujudlah istilah pencukup korum yang terdiri daripada wakil2 jabatan yang diwajibkan kehadiran mereka selain pelajar yang juga sering dijadikan penutup kekurangan2 ini. Bukannya tidak baik, tetapi sepatutnya kita sama2 mencari jalan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan supaya keterlibatan segenap masyarakat wujud bahkan mereka turut serta mengambil bahagian. Namun sehingga hari ini, pihak2 berkaitan belum menemui jalan keluar menangani masalah ini.

Begitu juga dengan dunia maya yang saat ini menjadi kegilaan seluruh dunia. Jumlah pelayar boleh di lihat secara langsung di skirin laptop dan pc pelayar jumlah pelayar setiap waktu dengan hanya menekan butang2 tertentu yang disediakan oleh pihak pembuat laman2. Kita dapati pelayar2 ini bukan saja orang bawahan, malah peringkat pimpinan tertinggi setiap negara juga turut serta di dunia maya. Topik yang biasa dan sering dilontarkan adalah bertanya khabar, melampias tekanan2 disebabkan beban kerja, pemberitahuan kejayaan peribadi, politik semasa, persatuan, hiburan, mengumpat sesama sendiri, bertikam lidah, melepaskan geram, mencari kesalahan orang lain, perniagaan, menunjuk-nunjuk dan sebagainya . Hampir kesemuanya tidak memberi lonjakan keinsafan dan kesedaran sehingga mampu mengubah tindakan dan gerak kerja kepada umat Islam.

Menyedari keadaan ini, umat Islam sepatutnya mengambil ruang ini untuk merawat dan membina keyakinan2 yang rosak pada masyarakat dunia Islam khususnya. Namun , hanya sedikit individu yang melakukannya dan kalau adapun sedikit yang mengetahuainya kerana kesilapan pihak pembuat halaman ilmu itu tidak berhabisan mengADD mana2 pihak atau kesilapan pihak yang menerima tidak bertanggungjawab menyebarkan kepada rakan2nya, jika umat Islam benar2 mengambil peluang perkara ini pasti setiap saat dunia ini boleh dikuasai oleh umat Islam dalam penyebaran ilmu dan info berdasarkan jumlah umat Islam di seluruh dunia. Inilah sepatutnya yang umat Islam wajar lakukan berbanding membuang masa berjam-jam di depan laptop atau pc hanya semata-mata menjadi petani maya yang merugikan segala aspek kehidupan . Kesihatan merosot, mata semakin rabun dan sebagainya.

Kalau sepanjang melayari dunia maya, hati dan fikiran berzikir pada Allah ataupun berselawat, masih ada manfaatnya. Kalau kosong jiwa dan hati mengingati Allah tika itu, bagaimana kalau nyawa tiba2 dicabut, apa masih kita mampu mengucap dua kalimah syahadah? Fikirkanlah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM