Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Sabtu, 8 Mei 2010

Percikan Minda 2


Tanpa disedari atau tidak, manusia hari ini banyak menghabiskan usia dan masa mencari makan, mencari kepuasan diri, memewahkan keluarga dan pelbagai perlakuan yang mengundang lalai. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ungkapkan ini, lalu berhenti membaca langsung tidak menghabiskan artikal yang saya namakan percikan minda ini atau barangkali marah2 dan melontarkan kata2 atau bahasa kesat untuk saya. Seketika saya minta anda bersabar dan bertenang . Bagi muslim, beristighfarlah dulu.


Hidup ini bukanlah sekadar mencari makan, kepuasan dan berkeluarga saja. Tugas yang lebih utama dari itu ialah sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud “ tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkan beribadah padaKu”.

Untuk membuktikan benar atau tidak kita lalai dan terfokus hidup seperti disebutkan tadi, mari kita sama2 jawab persoalan ini;


Dalam sehari semalam berapa jam hati dan fikiran kita terus berdenyut ingat Allah dan RasulNya, justeru berzikir dan berselawat? Apa setiap denyut jantung dan hembusan nafas kita ingat Allah? Berapa jam pula kita peruntukkan untuk solat dan membuat kebajikan yang melibatkan fizikal kita? Apa fikiran kita terus ligat memikirkan perjuangan atau merancang gerak kerja dakwah?

Dengan jujur, pasti kebanyakan kita menjawab, ‘aku lalai’ . Mengira usia kita kini, ternyata puluhan tahun kita hidup dalam kelalaian. Malanglah kita kalau begini. Jadi, apa harus kita lakukan sekarang ?


1. Cepat2 kita bertaubat. Ruang dan peluang yang singkat ini, mari kita pergunakan sebaik mungkin. Masa ini adalah masa kecemasan. Bila2 saja wisel tamat masa hidup akan ditiup dan hidup kita di dunia akan tamat.


2. Kurangkan aktiviti melalaikan. Antaranya duduk di kedai kopi berjam-jam sambil bercerita kosong. Perbanyakkan masa bersama jamaah di masjid dan surau. Hadirkan diri dalam program2 ilmu.


3. Cari sahabat yang jiwanya hidup kerana sentiasa mengingati Allah. Bacalah buku untuk menambah ilmu dan selalulah berhubung dengan kelompok2 dakwah.


Tanda2 Hati Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM