Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Selasa, 27 April 2010

Cabarlah Cahayafm.


Tahukah anda sejak Cahayafm dikeudarakan secara auto atau berjadual, sambutan amat baik memandangkan rakan Cahayafm setakat ini telah berjumlah 763 orang.
Namun, maklumbalas sesama ahli didapati kurang memberangsangkan bila melihat pos2 sesama ahli hanya 1 pos berbentuk iklan manakala ulasan dan pandangan boleh dibilang dengan jari. Mereka yang online ketika pemantauan dibuat juga kadang2 tiada. Jika adapun, hanya bertahan seketika sebelum meninggalkan Cahayafm tanpa apa2 komen mahupun cadangan berkaitan penambahbaikan, jadual, pemilihan lagu dan apa2 yang berkaitan dengan Cahayafm. Secara peribadi, saya agak kecewa dengan sambutan sebegini oleh para rakan cahayafm. Jika diamati, Cahayafm lah satu2nya radio online yang menampilkan segmen hiburan, info dan ingatan2 berbentuk kebaikan dan keagamaan tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum muslimin dan muslimat. Sebelum ini, kami telah nyatakan bahawa, para pendengar bebas memberi cadangan, pandangan mahupun teguran terhadap mana2 kelemahan Cahayfm. Bukan itu sahaja, anda berhak mencoraknya kerana Cahayafm milik kita bersama. Kami hanya bertindak sebagai jambatan kehendak2 anda demi kebaikan Islam. Anda bayangkanlah, bagaimana penyampai2 sukarela kami 'on air' jika hanya angin lalu yang setia bersama kami? Dalam satu pos, kami telah nyatakan pada anda agar mencabar kami dengan cabaran kebaikan. Namun, ini tidakpun berlaku. Kali ini, saya selaku penerbit mencabar rakan Cahayafm agar kalian bangkit dan nyatakan pada kami, sudut mana yang buruk dan tidak kena dengan Cahayafm sehingga kalian meminggirkan malah langsung tidak memberi respon terhadap kewujudannya. Saya tidak mengharap sangat kebanjiran rakan FB Cahayafm. Ratusan angka dalam kotak FB rakan Cahayafm kurang bererti jika setiap orang tidak mengambil peranan sekalli gus memperlihatkan interaksinya dengan Cahayafm. Buktikanlah anda sebagai seorang muslim, walaupun tidak berjuang dengan senjata tajam di medan perang, sekurang2nya sokonglah perjuangan kebaikan sekalipun hanya memasang telinga dan mendengar audio Cahayafm. Usah biarkan Cahayafm menjadi anak tanpa bapa dan ibu. Jangan dibiar janji penyaksian kita; Islam perjuanganku dan saudara seislam saudaraku hanya jadi slogan yang hanya disebut2 di bibir. Sekali lagi saya merayu agar mengaktifkan diri anda di Cahayafm. Jika anda mahu kubur kelahiran Cahayafm di usia mudanya, terpulang pada anda. Ciptalah sejarah Islam anda sekarang.Ingat, tanpa pendengar, tidak mungkin penyampai Cahayfm, 'on air'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM