Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Khamis, 19 Ogos 2010

Serban Rasulullah SAW


Bila kita memperkatakan Islam sebagai cara hidup, maka lahirlah pelbagai pertanyaan di benak fikiran kita, antaranya; ”apakah pakaianku ini bukan cara Islam?”, “apa cara hidupku bukan Islam?” dan macam2 persoalan yang menjurus dan hampir kepada persoalan ini. Lalu, ada antara kita yang tergagap-gagap dan mengagak-agak jawapan bersifat kebarangkalian. ‘Barangkali’ ini yang benar, ‘barangkali’ ini yang tepat dan banyak lagi kebarangkaliannya. Maka, akhirnya kita pun meyakini apa yang kita gagap-gagap dan agak-agakkan itu. Inilah sifat mereka yang tidak merujuk dan bertanya pada orang yang tahu jawabannya sebenarnya. Manakala, bagi mereka yang sedar akan keraguan jawapannya sendiri, orang2 seperti ini tidak akan berdiam diri malah tidak akan berhenti mencari jawapan yang bukan jawapan agakan. Tentulah jawapan yang berujukkan sumber yang tepat, misalnya rujukan kepada orang2 alim, kitab2 dan seumpamanya.

Zaman ini, tidak sukar mencari bahan atau ilmu. Kata-kata ‘semuanya di hujung jari anda’ mungkin ada kebenarannya kerana, kita boleh saja buka internet dan tulis atau ‘klik’ tajuk2 yang kita kehendaki. InsyaAllah, kita akan temui jawabannya. Namun, harus hati2 kerana bukan semua sumber yang kita temui di alam maya mengikut kayu ukuran Islam ( ahli sunnah wal jamaah ). Justeru, kita wajar merujuk guru2 agama yang arif. Saya bukan guru dan saya bukan alim dalam memperkatakan pakaian Islam. Saya sekadar menyambung dan menyampaikan apa yang saya pelajari dari guru2 yang bukan sahaja tahu memperkatakan tentang pakaian Islam tapi istiqamah dalam mengamalkan apa yang mereka perkatakan. Tujuan saya, agar mereka yang berkemahuan melaksanakan pakaian Islam ini mendapat info berkaitannya. Namun, sedar atau tidak, ada di kalangan kita bila memperkatakan perkara ini terus sahaja melempar ayat2 seperti ; “Kau pun tidak pakai , apa hal...”, “kau dulu pakai tapi kenapa hari ini kau tinggal?” dan macam2 lagi bentuk serangan peribadi kepada mana2 pihak yang berkata seumpamanya.

Alangkah baik kalau kita bersikap menyokong mereka yang memperjuang dan mengamalkan cara berpakaian Islam, lalu simpan keazaman yang kuat serta rintihan malam agar suatu saat nanti kita juga mampu berpakaian seperti mereka. Ini lebih baik daripada mengambil bahagian dalam menyatakan pendirian yang agak tersasar dari kehendak Islam sebenar. Bila kita bercakap tentang Islam sebagai cara hidup maka, ia dengan mudah menjawab segala persoalan kita. Kita justeru sedar bahawa tiada apa2 lagi yang kita ragu atau tolak mengenainya kerana ajaran Islam itu telah sempurna. Bukankah kita selalu dengar malah tahu bahawa apa saja yang dilakukan Rasulullah SAW sama ada perbuatan atau percakapannya itu diredhai Allah. Cara makan, tidur, baring, berjalan, ketawa, marah, bersahabat, nikah kawin dan semua urusan hidup hingga ke mati. Bukankah keseluruhan cara hidup Rasulullah ini dipanggil sunnah?

Budaya bangsa manusia serata dunia dan apa sahaja yang tidak bertentangan dengan hukum Allah tentu boleh sahaja kita pakai dan amalkan. Namun harus kita ingat bahawa, antara yang baik2 itu masih ada lagi yang terbaik . Lalu, mengambil pendirian sebegini lebih baik. Berkata benar, meskipun tidak dapat kita amalkan. Sekadar ingatan diri. Selawat ke atas rasul junjungan yang tidak pernah berhenti memikirkan nasib umatnya hingga akhir hayat baginda. Semoga Allah ampunkan dosaku yang belum mengamalkan pakaian Islam, pakaian sunnah Rasulullah SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM