Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Khamis, 19 Ogos 2010


Kerana datangnya setahun sekali, bazaar Ramadhan menjadi tumpuan umum lapisan masyarakat, tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Kedatangan mereka sekadar mendapatkan makanan yang beraneka jenis yang sebahagian darinya hanya dijual pada bulan Ramadhan saja. Orang2 Islam yang berpuasa datang ke bazaar kerana mahu mendapatkan makanan berbuka puasa. Peniaga2 pula sudah tentu melihat inilah masanya mereka mendapat keuntungan bermusim sepanjang bulan Ramadhan. Jika mahu melihat gelagat sikap, memek muka, senyuman bibir, cara berjalan, cara berpakaian dan cara memilih makanan, cari dan lihatlah di bazaar Ramadhan.

Adunan2 suasana yang berlaku di bazaar Ramadhan Jarang dikupas mengikut pandangan Islam. Lalu, jadilah bazaar Ramadhan sekadar pesta makanan dan niaga. Sedikitpun ia tidak menampakkan kecantikan Islam pada mata luar atau mereka yang bukan Islam. Apa tidaknya? Setiap Ramadhan tiada perubahan yang dilihat oleh mereka . Malah kebanyakan mereka menyinonimkan Ramadhan dengan bazaar, sehingga mereka menunggu Ramadhan setiap tahun hanya kerana bazaarnya. Kenapa begini? Salah satunya kerana mereka kurang maklumat tentang Ramadhan. Bulan yang penuh barakah dan penuh ganjaran2 serta tawaran2 dari yang Maha Pencipta untuk manusia yang beribadah di bulan ini sepatutnya disebarluaskan infonya agar diketahui umum. Seperti ekspo2 perniagaan dan sebagainya yang penuh info sehingga menampakkan wajah sebenar ekspo itu, kenapa tidak ia dilakukan pada bazaar Ramadhan?

Barangkali, pihak Jabatan Agama di Malaysia wajar memikirkan perkara ini di masa2 akan datang. Kerja2 mengalihkan corak, garis panduan dan petunjuk agar bazaar Ramadhan hidup dengan syiar, info dan ilmu serta dapat dihayati sepenuhnya mesti dibuat. Kalau peniaga2 diberi tempat oleh pihak penguasa tempatan untuk berniaga, kenapa pihak jabatan agama tidak mengambil tempat dan ruang untuk mempamerkan pelbagai info dunia Islam? Mungkin suara2 sumbang akan berkata “leceh, kita buat saja di hotel2 bertaraf antarabangsa, barulah Islam dilihat perkasa, barulah dikatakan mengangkasakan, global, setakat di bazaar untuk apa ..?” Kalau ini ditanya, SMS akan jawab; “ Ya benar apa kalian cakap. Tapi ingat, bukan semua orang Islam itu mampu datang ke tempat2 yang kalian pilih terutama sekali orang2 kampung”. Jika begini sifat dan sikap yang diambil, maka jelaslah Islam yang terhasil bertompok2 jadinya. Sebahagian Islam terus-terusan jahil dan sebahagiannya pula berilmu. Ini jelas berlaku.

Setakat ini, di mana2 bazar Ramadhan, SMS belum lihat ada ruang solat disediakan pihak2 berwajib. Juga, belum ada jabatan2 agama dan badan2 dakwah duduk di bazaar Ramadhan untuk mengambil ruang dakwah sebagaimana tukang jual ubat berteriak dengan pembesar suara menyatakan “Ini ubat mujarab, kalau tuan2 pakai, garenti sakit tuan2 hilang”. Demikian juga halnya dengan ‘kumpulan2 penggoda2’ pelbagai syarikat jualan langsung yang sanggup ke hulu ke hilir ‘menggoda’ pelanggan supaya membeli produk mereka. Sebagaimana syarikat2 jualan langsung mewujudkan team ‘penggoda pelanggan’ mereka, kenapa tidak diwujudkan team ‘penggoda’ ini di mana2 ruang terbuka yang menjadi tumpuan manusia berurusan? Pewujudan team ‘penggoda’ ini wajar dilihat positif oleh jabatan agama agar Islam sampai ke pengetahuan mereka yang sentiasa mencari info.

Contoh terdekat yang SMS lihat adalah penempatan amil2 pemungut zakat fitrah di pusat2 membeli belah dan tempat2 awam. Hasilnya, mereka yang tidak berkesempatan dan sibuk dengan tugasan kerja dapat melunaskan kewajiban mereka. Namun, suasana tempat para amil masih boleh diperbaiki lagi. Tidak cukup hanya menempatkan mereka di pintu2 utama pusat membeli belah dengan meja kosong di samping kad kuasa tapi sudah sampai masanya mereka dibekalkan dengan baju seragam dengan logo Pusat Zakat atau seumpamanya beserta banting di samping membekalkan para amil dengan risalah2 yang mengandungi info2 berkaitan zakat agar umum lebih yakin serta mendapat pertambahan ilmu berkaitan zakat. Demikian, badan2 NGO juga harus berfikir menggunapakai peluang ini. Kalau sukar menghimpunkan masyarakat Islam dalam satu2 program dakwah, maka di bazaar inilah tempat dan waktunya.

Cahayafm menawarkan kerjasama kepada mana2 badan NGO dan jabatan2 agama untuk sama2 menggunakan Radio Online Cahayafm ke jalan dakwah. Anjakan ini juga harus diberi perhatianl agar skop dakwah lebih luas sekali gus mengurangkan tompokan-tompokan yang terhasil sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM