Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Jumaat, 9 Julai 2010

Percikan Minda - Apa Harus Kita Buat ?


Sebagai individu muslim, apa harus kita buat ? Pertanyaan ini sudah banyak kali kita dengar. Dalam seminar, muzakarah, khutbah Jumaat dan dalam tulisan2 pelbagai gaya malah disertai jawapan. Namun kekadang kita lupa dan mungkin sedikit tergelincir dalam meletakkan diri kita sebaik-baik mungkin dalam posisi perjuangan dan jamaah yang kita dukung kerana asyik dibelenggu rasa tidak puas hati pada mana2 pihak. Akhirnya, masa hidup kita terus terikat dengan ketidakpuasan hidup seharian. Lalu, kita jadi penolak mana2 kelompok dan penidak ke atas apa yang mereka lakukan. Tidak mengapa jika kita tolak dan beri jalan atas tindakan yang kita tolak atau yang kita tidak suka. Percikan minda kali ini membawa para pembaca berfikir sejenak topik ini agar kita sama2 mengambil langkah2 berikut agar rasa tidak puas hati kita kelak memberi keuntungan bersama dalam perjuangan Islam.

1. Jadilah seorang pengkritik yang hebat antara pengkritik yang ada di muka bumi. Jangan jadi pengkritik yang hanya tahu mengkritik tapi tidak tahu memberi jalan dan lorong terbaik untuk diikut. Sebagai contoh; Cahayafm. Anda melihat banyak kekurangan dalam keterampilannya termasuklah web, penyampai2 yang ada, siaran tidak berjadual, mutu lagu tidak berkualiti dan sebagainya. Tindakan yang anda lakukan adalah baik kerana anda telah mengambil tahu terhadapnya. Namun, alangkah baiknya kalau anda bertanya terlebih dahulu baru membuat kritikan. Berikanlah hujah kenapa semua itu tidak memberi kepuasan pada pendengar? Kenapa ia ketinggalan berbanding apa yang telah anda dengar sebelum ini dalam mana2 radio online yang ada di Malaysia, umpamanya. Oleh kerana anda tidak bertanya perkara ini, maka sebagai orang yang bertanggungjawab melahir dan memikir hala tuju Cahayafm, maka saya mengambil ruang ini untuk memberi jawaban persoalan yang anda kritikkan.

Inilah seadanya, apa yang anda lihat dan dengar dari Cahayafm setakat hari ini kerana ini sahajalah yang termampu saya lakukan. Lebih dari ini, saya belum pelajari dan belum dapat saya lakukan. Sungguhpun dalam perancangan, saya mahukan lebih dari itu semata-mata mahu melihat Cahayafm ini setanding dengan mana2 radio online di Malaysia sekali gus menjadi wadah menyampaikan mesej dakwah. Sebagai seorang yang prihatin dan bertanggungjawab, anda wajar bertanyakan diri sendiri, apakah sumbangan yang boleh anda buat pada Cahayafm berdasarkan ilmu atau jenis kekuatan atau kepakaran yang ada pada anda. Anda tidak akan rugi jika anda menyumbang idea, tenaga atau apa sahaja yang difikirkan dapat membantu Cahayafm sekali gus bekerjasama melonjakkan Cahayafm , kerana Cahayafm inilah antara radio online setakat ini yang membawa mesej jelas iaitu ‘dakwah’. Bermula penampilan lagu2 dan juga ceramah2 online yang kita ketengahkan. Kita mahu dan kita sangat berharap agar semua individu dalam masyarakat Islam mengambil peranan masing2 untuk tujuan dakwah. Bagaimana Cahayafm dapat menyiarkan khutbah2 di masjid2 terpilih jika AJK masjid kedekut membelanjakan sedikit kos siarannya? Bagaimana kami boleh lakukan siaran langsung acara2 keagamaan kalau semuanya tanpa kerjasama dari mana2 pihak? Justeru, peranan dan kerjasama setiap individu amat membantu dalam hal ini.


2. Pendengar2 kini lebih suka mendengar, menonton youtube2 kurang bermoral dan hiburan2 panas berbanding menggunakan nikmat pendengaran ini mendengar Cahayafm. Mungkin para pendengar memandangnya sebagai ketinggalan zaman. Benar ketinggalan zaman kerana tiada sokongan dari masyarakat Islam. Semua perkara yang ada dalam benak pemikiran anda telah pun saya suarakan dalam bentuk tulisan dan suara yang berulang-kali namun, sehingga kini belum ada emel, jauh sekali panggilan telefon yang saya terima. Jika ada pun, berbentuk pertanyaan dan selebihnya ucapan tahniah. Pada saya itu hanya bahasa dan ayat . Meski itu sudah memberi suntikan pada saya dan penyampai2 terlibat, namun dalam perjuangan isilah yang lebih diutamakan.


Rumusan; Anda jangan terkejut dan marah pada ‘mereka’ kerana beberapa ketika setelah kelahiran Cahayafm ini, lahir sebuah radio online yang sebelum ini hanya menampilkan hiburan semata-mata kini bertukar medan info, hiburan dan saluran rohani untuk mereka. Jangan marah dan terkejut jika setiap daerah di Sabah kelak, punya radio rohani berunsur rohani. Mereka punya kesepaduan yang kuat. Semangat sokong menyokong antara mereka dalam penyebaran maklumat tidak dapat kita sangkal. Dulu kita marah mereka guna kalimah Allah dan dalam masa yang sama kita nafikan kenyataan Datuk Sri. Harussani dalam kenyataanya bahawa di kalangan bangsa Melayu, sudah 250000 yang murtad dan sudah wujud dua buah gereja yang dimiliki Melayu di Kuala Lumpur. Ketika saya suarakan isu mualaf di akhbar2 satu ketika dahulu, anda marah dan bertanya, siapa si Nazri itu yang memandai-mandai? dan macam2 lagi yang anda lontarkan. Semuanya menjurus ‘ TIDAK’ !

Sedar2lah kita saudara2ku seislam. Sungguh dan benar, bukan kecantikan paras rupa menjadi paparan di hadapan Allah, bukan juga kekayaan harta dan pangkat menjadi timbangan di hari pembalasan, malah bukan kritikan, bukan teori dan bukan pengikut yang banyak menjadi ukuran di hadapan Allah. Bukan itu segala. Allah hanya nilai banyak mana amal soleh kita masa di dunia ini. Percayalah, anda tidak rugi menyumbang membangunkan Cahayafm ini meskipun dengan 10 sen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM