Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Selasa, 13 Julai 2010

Percikan Minda - Cermin


Cermin Islam kini kian malap dan kabur akibat kelamnya iman dan kejahilan merata dalam diri umat Islam. Suasana ini kita lihat di depan mata kita, dalam diri kita, sekitar keluarga kita, di tempat kerja kita juga dalam kampung kita. Kesannya, Islam dilihat hitam oleh mata masyarakat bukan Islam. Mereka yang sedang mencari kebenaran pada Islam berasa ragu dan jijik melihat cermin Islam yang kotor sehingga tidak nampak wajah Islam sebenar. Lihat sahaja diri kita. Daripada hitungan 100 orang ahli Islam misalnya, berapa orang yang melakukan solat, puasa, zakat, haji, tutup aurat dan datang ke masjid2 atau surau berhampiran. Kita sendiri akan mendapat jawabannya. Kenapa ini berlaku? Jawabnya kerana kekosongan iman dalam diri. Benarlah bahawa iman tidak dapat diwarisi dari bapa kepada anaknya. Ia bukan seperti harta kekayaan yang boleh diwarisi oleh anak2 dan keturunan. Kotoran2 pada cermin Islam wajib kita sapu sehingga menampakkan semula pantulan atau cerminan wajah sebenar Islam.

Apalah ertinya kebanggan kita pada sebuah nama yang baik dengan ertinya yang sangat indah jika tidak kita jelmakan kebaikan dan keindahan itu. Samalah juga dengan pakaian songkok dan tudung di kepala kita . Jika ia hanya dijadikan hiasan musiman saja, maka ia tidaklah bermakna. Mereka yang menggudangi ilmu, tidak memadai dengan berasa selesa sekadar duduk di kerusi2 empuk, berseminar di hotel2 mewah, berforum di dataran2 bandar atau berceramah di masjid2 mewah sahaja sedangkan di luar lingkungkan persada itu masih ramai manusia2 jahil. Jahilnya bukan kerana mereka mahu jahil tapi antaranya adalah kerana kegagalan para cerdik pandai mendidik mereka, kegagalan kita mendekati mereka. Tanyakanlah dalam diri masing2 sampai ke mana wilayah dakwah kita. Tanyakanlah juga berapa buah rumah telah kita naiki untuk bersilaturrahim dengan saudara2 kita. Akhirnya, tanyakan juga diri kita apa pengorbanan kita terhadap Islam? Kalau ada, puaskah kita dengan pencapaian itu ?

Mengikut rekod perangkaan, pengguna maya di negara kita kini, menghampiri angka 8 juta . Saya dan anda termasuk jugalah dalam angka ini. Harus kita ingat bahawa, agama rasmi Malaysia adalah Islam. Majoriti penduduknya juga adalah Islam. Jika dalam 8 juta pengguna ini, 3 juta darinya adalah orang Islam, bukankah ini menunjukkan bahawa kita mampu menyalurkan info semasa dunia Islam setiap hari dengan pantas bahkan dapat dibaca oleh jutaan manusia? Lebih-lebih lagi kalau kita gunakan kemahiran dan kepakaran kita berbahasa asing untuk menyampaikan info, sudah tentu kitalah yang menguasai dunia info dan maklumat terkini. Namun, kemudahan sebegini tidak digunakan sebaiknya oleh pengguna2 maya. Apa yang berlaku, kebanyakan pos terutama dalam FB berkisar perihal diri kita, kerja kita, kegemaran kita atau bualan2 kosong semata. Pos2 berkaitan kemaslahatan masyarakat khususnya umat Islam tidak dapat menandingi bualan2 dan ulasan2 berbentuk suka2. Kemampuan mengulas juga sangat terbatas sehingga kita hanya beri tanda ‘suka’ atau frasa 'suka' atau seumpamanya. Ini menggambarkan kemalasan kita untuk berfikir. Walhal, sebagai manusia kita dituntut untuk sentiasa berfikir. Ia sebagai satu cara mengasah ketajaman minda kita. Manfaatnya banyak. Antaranya, pertukaran dan percambahan ilmu. Ayuhlah kita sama2 manfaatkan alam maya ini untuk kebaikan agama kita. Jika ada pos berkaitan ilmu, jangan kita langsung tidak mahu memasuki zon itu, jauh sekali menyumbang buah fikiran. Namun, kalau pos itu ada berhubungkait dengan perasaan, maka kitalah pengulas paling bijak, pandai menghukum dengan kata2; itu tak betul, ini tidak patut, tidak puas hati dan sebagainya. Kita boleh saja berada di zon itu tapi, berilah jalan terbaik dan jawaban paling tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM