Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Khamis, 10 Jun 2010

Mualaf Pitas,





8hb Jun 2010 , hari kedua saya ke pejabat JAKIM, Kota Kinabalu untuk mendapatkan kelengkapan ibadah sebelum ke program pengislaman seperti kebiasaan yang saya lakukan sebelum ini. Namun kali ini, saya sedikit kecewa ketika diberitahu bahawa barang2 tersebut belum ada ( peruntukan belum ada ). Timbul pelbagai persoalan dalam benak saya sepanjang perjalanan menuju ke daerah kecil Pitas, salah satu daerah yang terletak di utara Sabah. Kehairanan memanjang masih berlegar di fikiran bilamana sebuah badan agama yang cukup penting dalam pentadbiran negara Malaysia dilambatkan penyaluran peruntukan oleh pihak kerajaan sedangkan badan2 atau jabatan2 lain tidakpun mengalami keadaan seperti ini. Lupakah mereka tentang urusan agama yang merupakan perkara no.1 dalam dalam urusan negara ? (Lihat rukun Negara Kepercayaan pada Tuhan ). Lalu, di mana dan bagaimana kedudukannya ?

Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pitas, saya ditemani isteri selaku jurukamera yang merakam peristiwa2 sepanjang perjalanan, lebih kurang jam 4.00 petang, di antara sempadan daerah Tuaran dan Kota Belud, satu kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan Isuzu, Proton dan Wira telah berlaku ( semoga mereka yang terlibat, dalam keadaan selamat ). Ketika beberapa kilometer menghampiri sempadan Kota Marudu , hujan turun dan mengiringi perjalanan kami. Keadaan hujan lebat dengan mata yang sudah dibantu dengan kanta sesekali mencabar pemanduan saya. Hari tidak lagi terang ketika kami sampai di Kampung Salimandut kerana beberapa jam sebelumnya kami berhenti di pekan Kota Marudu berjumpa kawan. Bermalam di kampung kelahiran, Kampung Salimandut mengingatkan saya akan nostalgia kampung ini yang dulunya hanya dihuni seramai 3 orang Islam. Kini, Alhamdulillah dan selayaknya pujian ini untuk Allah kerana 2/3 penduduk asal kampong ini telahpun bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Syukurlah , usaha2 dakwah dari pelbagai pihak telah menghasilkan keadaan ini.

Ketika detik masa menghampiri angka 9.00 pagi pada 9hb Jun, saudara Jasni atau lebih dikenali DJ. Rumputt selaku penerbit Utarafm menghubungi saya dan mengkhabarkan salah seorang bakal saudara Islam mengalami sakit. Beliau telah beberapa hari sakit setelah kembali dari Kota Kinabalu. Bekas pembantu kedai di salah sebuah kedai di Kota Kinabalu ini perlu segera dibawa ke klinik, ( InsyaAllah kisahnya akan saya paparkan sedikit masa lagi untuk pengetahuan para pembaca). DJRumputt membawanya dari Pitas dan saya menyusulnya selepas itu. Alhamdulillah, keadaannya beransur pulih setelah diberi rawatan dan beberapa jenis ubat. Kami kemudiannya sama2 menuju ke Pitas untuk acara pengislaman. Kami singgah di rumah keluarga bakal saudara Islam untuk mengambil ahli keluarganya yang lain sekali gus melihat sendiri latar belakang dan keadaan hidup mereka.

Alangkah terkejutnya mata melihat kehidupan mereka yang hanya tinggal di sebuah pondok buruk akibat kemiskinan. Tidak keterlaluan jika saya katakan hidup rakyat seperti mereka diabaikan oleh wakil rakyat setempat. Hidup mereka seolah2 bukan di zaman Slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Ke mana wakil rakyat yang waktu pilihanraya datang ke pondok2 ini untuk meraih undi dengan iringan gula-gula di bibir? Apakah dia masih nyenyak tiduk di tilam empuknya dan masih tidak sedar2 nasib mereka yang tidur, makan dan melakukan segala bentuk aktiviti dalam rumah yang benar2 sempit dan tidak sesuai dihuni manusia seramai 7 orang ini?

Anda para pembaca, lihatlah sendiri kehidupan MUALAF yang hidup dalam kemiskinan dan masih memperjuangkan akidah mereka. Sebagai muslim yang mengaku diri bersaudara denngan muslim yang lain, patutkah dan sanggupkah kita membiarkan mualaf ini ? atau kita tunggu TV3 membuat liputan kehidupan mereka lalu kita sama2 tangisi derita mereka ? Kerana simpati yang mendalam, barulah kita berebut-rebut menghulurkan bantuan waktu itu ?

Kepada Datuk Bolkiah selaku Wakil Rakyat di Pitas, datuk mungkin lupa janji2 anda pada Puan Odirap @ Faridah Binti Sangkai ketika anda berkempen meraih undi. Sebagai wakil rakyat, kemungkinan2 ini biasa saja terjadi kerana bukan seorang atau 100 orang yang datuk perlu jaga tapi, seluruh manusia yang hidup di kawasan datuk. Namun puan ini tidak lupa janji2 datuk untuk membantu beliau. Silalah bertandang semula ke pondok buruk mereka dan tanyakan apa kata2 yang datuk dan jentera datuk ( UMNO ) janjikan sebelum ini. Jangan pula datuk termasuk dalam individu2 yang disifatkan oleh Tun Mahathir ‘ Melayu mudah lupa..’ Sebagai wakil rakyat, pupuklah sikap prihatin datuk dan ketahuilah jika datuk tidak tahu bahawa, kini mereka sudah menjadi saudara seagama kita.

Kepada muslimin dan muslimat, kewajiban setiap individu Islam yang lain adalah untuk mendidik mereka, memandu mereka mengenali dan mendalami ajaran Islam. Meski wujud badan2 agama seperti USIA, JHEAINS,JAKIM dan sebagainya, kita sebagai individu juga tidak terlepas dari tanggungjawab untuk membantu mereka.

Kepada mereka yang turut memberi sumbangan semasa pengislaman ini dilangsungkan, saya ucapkan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat menilai dan membalas jasa baik tuan2 semua. Nama2 anda biarlah Allah mencatatnya dalam buku amal saudara2 semua.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah atas usaha dakwah saudara. Terasa ingin ke sabah, bumi yang luas dengan hutan,gunung, sungai dan pribumi masih belum dapat nur iman. ...kita cangkul dan tanam dan suburkan.. insya allah

    BalasPadam

Kod HTML Player Cahaya.FM