Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Selasa, 29 Jun 2010

Percikan Minda 3


Sedar atau tidak, dua makhluk Allah ini sering saja berada antara derhaka dan taat, antara wali dan iblis, juga antara mazmumah dan mahmudah . Ketika sedar malaikatlah temannya dan ketika lalai syaitan dan iblislah sahabatnya. Benarkah perkara begitu ? Apa dua makhluk itu ? Kedua-duanya berada dalam jasad manusia dan itulah yang dinamakan akal dan hati. Kedua-dua makhluk ini tidak pernah dilihat oleh mata kasar manusia. Namun, kewujudannya tetap ada dan hanya dapat disuluh dengan ilmu. Peranannya juga dapat dinilai dengan ilmu dan demikian juga kebaikan dan kejahatannya, turut dapat disahkan dengan ilmu. Dalam al- Quran dan hadis makhluk ini sering disebut sama ada dalam bentuk pujian atau kejian. Sementara, tempatnya juga jelas disebut oleh Allah.

Mari kita lihat makhluk ini dalam diri kita. Bagaimana dia menjadi sahabat malaikat dan sahabat syaitan? Dalam sedar dan tidak, merasanya amat mudah. Lihat dan perhatikan sikap harian kita kerana ia banyak menjurus ke sikap kita termasuklah tutur kata, perangai dan segala perlakuan yang lahir dan tergambar pada tangan, kaki, lidah, mata, telinga, hidung dan seluruh jasad kita. Seharian, apa yang dilakukan anggota2 ini? Apakah semua yang dilakukannya semata-mata untuk Allah? Solat, puasa, zikir , selawat , amal makruf dan nahi mungkar yang dipersembahkan, adakah semata2 untuk Allah? Kalau iya, berapa banyak masa telah dilaburkan untuk perkara ini ? Cuba fokus pula pada lidah, hati dan akal . Adakah akal terpaut memikirkan kebesaran Allah? Berapa banyak masanya memikirkan kebesaran Allah? Hati kita bergerak setiap detik mengingat Allah atau ingat dunia, tentu boleh kita ukur. Ucapan lidah kita banyaknya memuji Allah atau lebih kepada ucapan hinaan bahkan umpatan sesama manusia termasuk buruk sangka, marah, kutuk, maki hamun dan sebagainya. Hati kita pula bagaimana? zikir dan selawatnya diserta rasa hamba atau berasa aku dan aku? Berasa diri hebat, bijak dan pandai sementara orang lain bodoh-bodoh belaka. Malang bagi kita jika jiwa dan fikiran kita terus sahaja dibaluti sifat mazmumah.

Sepanjang masa, berasa aku saja yang benar. Aku saja yang hebat, pandai dan bijak meskipun tanpa suara dan tidak didengar oleh telinga. Namun adakala ia terpamer pada sikap hatta tulisan2 yang ada. Apapun, penafian tentang perkara ini ; “ini tulisan saja, ini cakap2 saja, ini luaran saja, tapi hati baik”, benarkah ? Atau itu hela bela diri semata-mata? Tidak percaya atau ragu? bukalah kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al- Ghazali bab Tasawuf dan bacalah awal hingga akhir . Benarkah dakwaan kita? Pengukur paling mudah; dalam masa 24 jam, tolak masa tidur, berapa jam hati kita berdentum ingat Allah? Setiap tarikan nafas kita adalah kalimah Allah atau apa? Nah, betapa kita manusia paling malang, bukan? Jadi, marilah kita kembalikan cinta kita pada Allah. Kembalikan tugasan kita sebagaimana maksud al –Quran; “tidak kujadikan jin dan manusia itu malainkan beribadah kepadaKu”

Sabtu, 19 Jun 2010

Wahai Pemerintah.


Wahai para pemerintah yang dikasihi, berilah kami ( para mualaf) ruang untuk bercakap di hadapan kalian. Dengarkanlah degup jantung dan suara-suara hati kami. Betapa sekian lama kami tertanya-tanya kenapa dan kenapa kami tidak dibela? Kenapa dalam banyak hal kami dipinggir? Kenapa kami dilihat hanya dengan sebelah mata? Kenapa kami tidak dianggap penting dalam urusan negara, perjuangan dan sebagainya? Wahai para pemerintah yang dikasihi, bukalah pintu-pntu untuk kami ceritakan derita sebahagian kami. Dengarkanlah suara kami tanpa orang tengah yang tidak jujur mengkisahkan keadaan kami sebenarnya. Wahai pemerintah, manakah janji kamu yang mendahulukan rakyat di samping mengutamakan pencapaian?

Jumaat, 18 Jun 2010

Fook Sin




Fook Sin @ Zakaria Bin Apat 58 tahun berasal dari Kg. Dandun, Pitas memeluk Islam pada tahun 1984. mempunyaii 5 orang adik beradik dan 2 daripada mereka adalah Islam. katanya kepada rombongan kami, sejak masuk Islam sehingga hari ini, dia tidak pernah mendapat apa2 bantuan daripada mana2 pihak termasuklah dari jabatan agama. Ketika saya tanyakan pada beliau ‘ apakah kamu masih yakin dengan agama Islam?’, beliau menjawab ‘ya saya yakin agama saya adalah Islam’. Saya bertanyakan soalan ini semata-mata ingin tahu suara hatinya, meskipun saya tahu beliau ini masih tidak tahu serba serbi tentang Islam. Kebarangkalian amat besar bagi orang2 seperti ini berada di pelusuk2 kampung seluruh Sabah. Mereka ini diislamkan oleh kerajaan BERJAYA atas tujuan tertentu dan selepas itu, dibiar bagaikan kain buruk tidak berguna. Inilah nasib para mualaf. 9 Jun lalu ketika ke majlis pengislaman di Kg. Solimpodon, beliau sempat saya temui dan memohon agar pihak2 berkaitan datang ke tempat beliau dan melihat sendiri keadaannya yang memerlukan tempat tinggal. Buat masa ini, beliau hanya menumpang di rumah adiknya sahaja. Beginilah antara keadaan orang2 mualaf yang agak terpinggir. Di mana2 tempat pun pasti ada orang2 seperti ini datang mengadu . Air mata ini sudah kering dengan suara2 para mualaf yang mengalami pelbagai sejarah hitam. Mengatasi masalah mereka ini amat mudah jika umat Islam asal mengambil sikap seperti kaum Ansor yang menyaudarakan diri mereka dengan kaum Muhajirin. Inilah yang dilakukan Rasulullah lakukan pada masyarakat Madinah sehingga kejahilan, kemiskinan dan segala masalah dapat diatasi. Ketika suara2 ini saya paparkan, pelbagailah ulasan dari masyarakat Islam antaranya, teruskan perjuangan, syabas, tahniah atas usaha yang kamu lakukan, saya sokong dan macam2 lagi. Manakala yang lainnya cuba melempar pada pihak2 berkaitan dengan kata2 ikut sedap mereka. Semua itu baik, namun kita lupa yang terbaik dari itu sebenarnya adalah kita muhasabah diri kita sendiri apakah sumbangan kita pada kelompok ini? Berapa banyak ilmu telah kita curahkan pada mereka ? Berapa banyak masa dalam hidup kita telah kita wakafkan untuk mereka? Ingatlah, tanggungjawab ini terletak di bahu kita semua yang mengaku Allah sebagai tuhan dan Muhammad sebagai rasul. Saya secara peribadi menyeru diri saya dan semua individu Islam agar membantu mereka mengikut upaya masing2.

Khamis, 10 Jun 2010

Mualaf Pitas,





8hb Jun 2010 , hari kedua saya ke pejabat JAKIM, Kota Kinabalu untuk mendapatkan kelengkapan ibadah sebelum ke program pengislaman seperti kebiasaan yang saya lakukan sebelum ini. Namun kali ini, saya sedikit kecewa ketika diberitahu bahawa barang2 tersebut belum ada ( peruntukan belum ada ). Timbul pelbagai persoalan dalam benak saya sepanjang perjalanan menuju ke daerah kecil Pitas, salah satu daerah yang terletak di utara Sabah. Kehairanan memanjang masih berlegar di fikiran bilamana sebuah badan agama yang cukup penting dalam pentadbiran negara Malaysia dilambatkan penyaluran peruntukan oleh pihak kerajaan sedangkan badan2 atau jabatan2 lain tidakpun mengalami keadaan seperti ini. Lupakah mereka tentang urusan agama yang merupakan perkara no.1 dalam dalam urusan negara ? (Lihat rukun Negara Kepercayaan pada Tuhan ). Lalu, di mana dan bagaimana kedudukannya ?

Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pitas, saya ditemani isteri selaku jurukamera yang merakam peristiwa2 sepanjang perjalanan, lebih kurang jam 4.00 petang, di antara sempadan daerah Tuaran dan Kota Belud, satu kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan Isuzu, Proton dan Wira telah berlaku ( semoga mereka yang terlibat, dalam keadaan selamat ). Ketika beberapa kilometer menghampiri sempadan Kota Marudu , hujan turun dan mengiringi perjalanan kami. Keadaan hujan lebat dengan mata yang sudah dibantu dengan kanta sesekali mencabar pemanduan saya. Hari tidak lagi terang ketika kami sampai di Kampung Salimandut kerana beberapa jam sebelumnya kami berhenti di pekan Kota Marudu berjumpa kawan. Bermalam di kampung kelahiran, Kampung Salimandut mengingatkan saya akan nostalgia kampung ini yang dulunya hanya dihuni seramai 3 orang Islam. Kini, Alhamdulillah dan selayaknya pujian ini untuk Allah kerana 2/3 penduduk asal kampong ini telahpun bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Syukurlah , usaha2 dakwah dari pelbagai pihak telah menghasilkan keadaan ini.

Ketika detik masa menghampiri angka 9.00 pagi pada 9hb Jun, saudara Jasni atau lebih dikenali DJ. Rumputt selaku penerbit Utarafm menghubungi saya dan mengkhabarkan salah seorang bakal saudara Islam mengalami sakit. Beliau telah beberapa hari sakit setelah kembali dari Kota Kinabalu. Bekas pembantu kedai di salah sebuah kedai di Kota Kinabalu ini perlu segera dibawa ke klinik, ( InsyaAllah kisahnya akan saya paparkan sedikit masa lagi untuk pengetahuan para pembaca). DJRumputt membawanya dari Pitas dan saya menyusulnya selepas itu. Alhamdulillah, keadaannya beransur pulih setelah diberi rawatan dan beberapa jenis ubat. Kami kemudiannya sama2 menuju ke Pitas untuk acara pengislaman. Kami singgah di rumah keluarga bakal saudara Islam untuk mengambil ahli keluarganya yang lain sekali gus melihat sendiri latar belakang dan keadaan hidup mereka.

Alangkah terkejutnya mata melihat kehidupan mereka yang hanya tinggal di sebuah pondok buruk akibat kemiskinan. Tidak keterlaluan jika saya katakan hidup rakyat seperti mereka diabaikan oleh wakil rakyat setempat. Hidup mereka seolah2 bukan di zaman Slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Ke mana wakil rakyat yang waktu pilihanraya datang ke pondok2 ini untuk meraih undi dengan iringan gula-gula di bibir? Apakah dia masih nyenyak tiduk di tilam empuknya dan masih tidak sedar2 nasib mereka yang tidur, makan dan melakukan segala bentuk aktiviti dalam rumah yang benar2 sempit dan tidak sesuai dihuni manusia seramai 7 orang ini?

Anda para pembaca, lihatlah sendiri kehidupan MUALAF yang hidup dalam kemiskinan dan masih memperjuangkan akidah mereka. Sebagai muslim yang mengaku diri bersaudara denngan muslim yang lain, patutkah dan sanggupkah kita membiarkan mualaf ini ? atau kita tunggu TV3 membuat liputan kehidupan mereka lalu kita sama2 tangisi derita mereka ? Kerana simpati yang mendalam, barulah kita berebut-rebut menghulurkan bantuan waktu itu ?

Kepada Datuk Bolkiah selaku Wakil Rakyat di Pitas, datuk mungkin lupa janji2 anda pada Puan Odirap @ Faridah Binti Sangkai ketika anda berkempen meraih undi. Sebagai wakil rakyat, kemungkinan2 ini biasa saja terjadi kerana bukan seorang atau 100 orang yang datuk perlu jaga tapi, seluruh manusia yang hidup di kawasan datuk. Namun puan ini tidak lupa janji2 datuk untuk membantu beliau. Silalah bertandang semula ke pondok buruk mereka dan tanyakan apa kata2 yang datuk dan jentera datuk ( UMNO ) janjikan sebelum ini. Jangan pula datuk termasuk dalam individu2 yang disifatkan oleh Tun Mahathir ‘ Melayu mudah lupa..’ Sebagai wakil rakyat, pupuklah sikap prihatin datuk dan ketahuilah jika datuk tidak tahu bahawa, kini mereka sudah menjadi saudara seagama kita.

Kepada muslimin dan muslimat, kewajiban setiap individu Islam yang lain adalah untuk mendidik mereka, memandu mereka mengenali dan mendalami ajaran Islam. Meski wujud badan2 agama seperti USIA, JHEAINS,JAKIM dan sebagainya, kita sebagai individu juga tidak terlepas dari tanggungjawab untuk membantu mereka.

Kepada mereka yang turut memberi sumbangan semasa pengislaman ini dilangsungkan, saya ucapkan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat menilai dan membalas jasa baik tuan2 semua. Nama2 anda biarlah Allah mencatatnya dalam buku amal saudara2 semua.

Kod HTML Player Cahaya.FM