Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Jumaat, 30 April 2010

Seruan perjuangan



Seruan perjuangan: Wahai umat Islam yang sama2 menyatakan Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah serta bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya yakin anda semua sama sperti saya tidak mahu melihat Islam ini diperlekehkan oleh mana2 bangsa dari segenap penjuru dunia.Sempena hari Jumaat yang mulia ini, sekali lagi saya selaku penerbit Cahayafm menyeru kepada semua rakan2 Cahayafm agar mengambil bahagian dan sama2 mempergunakan Cahayafm ini sebagai pentas dakwah, menjadikan Cahayafm sebagai medan info dan perkongsian ilmu Islam, juga menjadikannya sebagai saluran terbuka bagi kita menyatakan kebenaran Islam. Saudara2ku seislam, saya tidak sanggup melihat pentas ini dijadikan sebagai perhiasan yang hanya menggunakan Islam sedang isinya jauh menyimpang dan melalaikan. Ayuh, umat Muhammad SAW, aktifkan diri anda seketika bersama Cahayafm dan lemparkan segala ilmu kebenaran islam di sini untuk kita kongsikan bersama dalam dunia maya. Mudah-mudahan membuka pintu2 hati mereka yang selama ini memandang Islam ssebagai satu agama buruk disebabkan sikap2 umatnya yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Saudara2ku seislam, telah saya nyatakan sebelum ini bahawa radio ini milik kita umat Islam. Kitalah yang akan mewarnainya, mengangkat dan menjulangnya adalah kita. Saya tidak mengharapkan jumlah rakan Cahayafm sebanyak 800 lebih orang ini mengaktifkan radio Cahayafm kerana saya faham bukan semua kita memiliki laptop atau PC. Memadailah jika ada di antara kalian yang mengambil bahagian walaupun tidak lama meskipun dalam lingkungan 3 lagu sahaja. Sokongan seperti inilah yang diharapkan agar kesepaduan jiwa kita tidak dilihat renggang oleh mereka yang tidak seanutan dengan kita. Mungkinkah sambutan dingin ini disebabkan persembahannya kurang menarik minat terutamanya dalam pemilihan lagu2 dan sebagainya? Saudara2 mempunyai hak menyatakan yang terbaik demi Islam yang kita cintai. Kalian dialu2kan untuk memberi buah fikiran dalam hal ini. Jangan biar pendengar Cahayafm kekal seorang dua sahaja. 8 orang pendengar di awal kemunculan Cahayafm juga entah ke mana..Kali ini, perasaan saya sedih berbaur emosi memikirkan Islam. Islam sudah tidak diendah. Andaikata Sayidina Umar al Khattab masih hidup, pasti beliaulah yang paling berani, paling lantang malah digeruni dalam menyatakan kebenaran Islam.

Selasa, 27 April 2010

Cabarlah Cahayafm.


Tahukah anda sejak Cahayafm dikeudarakan secara auto atau berjadual, sambutan amat baik memandangkan rakan Cahayafm setakat ini telah berjumlah 763 orang.
Namun, maklumbalas sesama ahli didapati kurang memberangsangkan bila melihat pos2 sesama ahli hanya 1 pos berbentuk iklan manakala ulasan dan pandangan boleh dibilang dengan jari. Mereka yang online ketika pemantauan dibuat juga kadang2 tiada. Jika adapun, hanya bertahan seketika sebelum meninggalkan Cahayafm tanpa apa2 komen mahupun cadangan berkaitan penambahbaikan, jadual, pemilihan lagu dan apa2 yang berkaitan dengan Cahayafm. Secara peribadi, saya agak kecewa dengan sambutan sebegini oleh para rakan cahayafm. Jika diamati, Cahayafm lah satu2nya radio online yang menampilkan segmen hiburan, info dan ingatan2 berbentuk kebaikan dan keagamaan tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum muslimin dan muslimat. Sebelum ini, kami telah nyatakan bahawa, para pendengar bebas memberi cadangan, pandangan mahupun teguran terhadap mana2 kelemahan Cahayfm. Bukan itu sahaja, anda berhak mencoraknya kerana Cahayafm milik kita bersama. Kami hanya bertindak sebagai jambatan kehendak2 anda demi kebaikan Islam. Anda bayangkanlah, bagaimana penyampai2 sukarela kami 'on air' jika hanya angin lalu yang setia bersama kami? Dalam satu pos, kami telah nyatakan pada anda agar mencabar kami dengan cabaran kebaikan. Namun, ini tidakpun berlaku. Kali ini, saya selaku penerbit mencabar rakan Cahayafm agar kalian bangkit dan nyatakan pada kami, sudut mana yang buruk dan tidak kena dengan Cahayafm sehingga kalian meminggirkan malah langsung tidak memberi respon terhadap kewujudannya. Saya tidak mengharap sangat kebanjiran rakan FB Cahayafm. Ratusan angka dalam kotak FB rakan Cahayafm kurang bererti jika setiap orang tidak mengambil peranan sekalli gus memperlihatkan interaksinya dengan Cahayafm. Buktikanlah anda sebagai seorang muslim, walaupun tidak berjuang dengan senjata tajam di medan perang, sekurang2nya sokonglah perjuangan kebaikan sekalipun hanya memasang telinga dan mendengar audio Cahayafm. Usah biarkan Cahayafm menjadi anak tanpa bapa dan ibu. Jangan dibiar janji penyaksian kita; Islam perjuanganku dan saudara seislam saudaraku hanya jadi slogan yang hanya disebut2 di bibir. Sekali lagi saya merayu agar mengaktifkan diri anda di Cahayafm. Jika anda mahu kubur kelahiran Cahayafm di usia mudanya, terpulang pada anda. Ciptalah sejarah Islam anda sekarang.Ingat, tanpa pendengar, tidak mungkin penyampai Cahayfm, 'on air'.

Sabtu, 24 April 2010

Wahai Tuhanku.


Wahai Tuhanku yang menjadikan langit dan bumi, mencipta sekalian alam, selepas ini hambaMu pasrah terhadap apa yang telah hambaMu lakukan bersama mereka yang terlibat langsung mengemudikan wadah dakwah yang kami namakan Cahayafm ini.

Wahai Tuhanku yang Maha mengetahui segenap aliran nafas zahir dan batinku ini, peluh yang mengalir di dahi, geletaran kelaparan, tidur yang tidak cukup serta fikiran yang melayang2 ke satu destinasi, aku ingin benar melihat saudara2ku bersama-sama memanfaatkan Cahayafm ini, mempergunakannya dengan bersungguh demi mendaulatkan dan mengagungkan kebesaranMu, di samping dapat membuka pintu2 hati saudara2 kami yang belum Islam menerima segmen2 yang bakal kami keudarakan nanti.

Wahai TuhanKu yang Maha mengasihani, dalam pengetahuanMu jua airmata ini sering keluar sejak akhir2 ini kerana mengharapkan usaha dakwah maya ini diterima menjadi amal bakti kami sebelum kami menemuiMu pada waktu yang apabila datang saatnya, tidak akan dilambatkan atau walau sesaat.

Ya Tuhanku, dalam pengetahuanMu juga sejak akhir2 ini ubat putih ini menjadi jambatan buatku mendapatkan kesegaran pernafasanku , jika tidak hampir2 nafas ini tidak dapatku sedut kerana sakit yang telahKau beri padaku demi menghapus dosa2ku. Subhanallah, inikan janjiMu pada hamba2Mu. Rabbi, berilah hambaMu ini kesabaran dan keimanan yang kental agar tiada ruang iblis dan syaitan masuk ke rongga2 raguku.

Tuhanku, datangkanlah hamba2Mu untuk menyambung perjuangan selepas ini kerana melihat usia sunnah NabiMu, hambamu ini kian hampir pada saat kepastian untuk bertemu dan bersamaMu selamanya.

Jadual Bersiaran.


Assalamualaikum. Para ikhwan, kami mohon maaf kerana beberapa hari sebelum ini Cahayafm hanya berfungsi auto dan kalau adapun penyampai on air kekadang talian terputus. Ini semua disebabkan Cahayafm masih lagi dalam percubaan dan pengemaskinian sistem rangkaian untuk bakal2 penyampai Cahayfm yang lain. Justeru, jika anda mengalami gangguan penerimaan terganggu seperti tersekat-sekat atau terputus-putus, ini berkemungkinan talian penyampai atau pendengar yang kurang baik. Jika anda mengalami keadaan ini, sila REFRESH untuk mendapatkan semula talian Cahayafm.

Dalam masa terdekat ini, insyaAllah anda akan bersama penyampai2 Cahayafm. Berikut jadual siaran yang telah diatur untuk anda.

ISNIN - AHAD:
1. 2.00 petang - jam 5.00petang
2. 8.30 malam - 12.00 pagi
**Siaran sulung bermula 26 April 2010 (ISNIN).

Untuk waktu di atas, anda akan bersama penyampai Cahayafm; Nazri Abdullah, Khairul Abdullah, Hafize dan Nurhayati Musa

Nota: untuk mengetahui segmen yang mereka bawa, sila lihat entri di FB Cahayafm setiap masa. Terima kasih atas sokongan dan keterlibatan anda dalam menjayakan segmen2 yang telah kami sediakan . Semoga usaha ini dapat dimanfaatkan bersama.

Jumaat, 23 April 2010

Demi Masa 1


Salam jumaat pada semua ikhwan, semoga hari ini merupakan hari terbaik yang pernah kita lalui. Cahayafm dari hari ke hari belum menampakkan keberhasilan mencapai matlamat utamanya. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat termasuk memperkenalkan Cahayafm kepada semua halaman dan kumpulan di samping orang perseorangan di kalangan pelayar2 maya ditambah dengan pos2 yang kita war-warkan agar setiap rakan Cahayfmmengambil kesempatan membuat pos berkaitan petikan2 ilmu, hadis ataupun terjemahan al-Quran, namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Jika demikian, hasrat Cahayafm untuk menjadikan radio online ini sebagai medan info dan ilmu bagi dunia islam tidak akan tercapai.

Sempena hari yang mulia ini, azan dan khutbah2 Jumaat berkumandang di sana sini semata2 memberi ingatan pada muslimin dan muslimat agar menunaikan solat . Namun, lebih ramai individu Islam yang tidak melakukan kewajiban2 seperti solat 5 waktu dan seumpamanya. lebih berani, antara mereka bersenda gurau pula memberi bermacam2 alasan namun jauh di sudut hatinya menyedari tuntutan tersebut, sayangnya tewas oleh bisikan syaitan sehingga alpa sealpa-alpanya. Subuh, Zohor, Asar,Maghrib dan Isyak berlalu begitu saja tanpa berasa bersalah dan berdosa meninggalkannya.

Bangunlah para muslimin agar sama2 bertanggungjawab sebagai seorang Islam. Malu kita para ikhwan melihat surau2 dan masjid yang hampir2 kosong di beberapa tempat. Pusat2 siber pula penuh hampir setiap malam. Jika begitu, bukankah lebih baik kita semua umat Islam memberi sokongan dan mengaktifkan diri di web Cahayafm?

Selamat berjuang.

Selasa, 20 April 2010

Deejay Cahayafm

Nazri Abdullah atau lebih dikenali sebagai Lebon Botong di kampung kelahirannya Salimandut, Tandek merupakan seorang aktivis mualaf bermula sejak beliau memeluk Islam sehingga kini. Beliau memulakan penyampaiannya dengan mengangkat irama nasyid di radio online Utarafm menggunakan nama DJ Aldusuni dengan segmen Dunia Nasyid Anda. Beliau juga antara individu yang bertangungjawab mengadakan liputan beberapa acara peringkat negeri Sabah serta disiarkan langsung melalui radio online Utarafm. Antara acara itu termasuklah Pesta Kubis dan Durian di Ranau dan pelancaran Bulan Bahasa peringkat Negeri Sabah. Kemunculan Cahayafm yang menghidangkan hiburan berentak nasyid dan berunsur keislaman merupakan kesinambungan segmen DNA yang dikendalikannya sebelum ini menerusi radio online Utarafm. Cahayafm bakal dibantu oleh beberapa orang penyampai lagi dalam masa terdekat. Teruslah menyokong Cahayafm. Selamat mendengarkan Cahayafm. Demi masa.

Nurhayati Bti Musa
Dj. Cahayafm
Keningau.

Khairul Abdullah
Dj.Cahayafm
Kota Marudu.

Nafise
Dj.Cahayafm
P.Pinang



Sabtu, 17 April 2010

Tahun ke 10 Kenabian.


Perutusan sempena hari ke-10 kelahiran Cahayafm di dunia maya.

Dalam sejarah dunia Islam, tahun ke-10 kenabian menyaksikan dua orang pendamping setia , iaitu manusia yang sangat dicintai dan disayangi nabi telah meninggalkan baginda buat selama-lamanya. Baginda bagaikan kehilangan tempat bersandar kerana kedua-dua penyokong dalam dan luar baginda telah tiada. Namun, kesemua itu bukanlah penyebab untuk baginda berputus asa dan menghentikan dakwah Islam yang suci kerana baginda Rasulullah S.A.W menyedari hakikat ujian yang diturunkan oleh Allah kepada baginda. Baginda adalah rasul terakhir, yang memikul segala beban dan amanah dalam memastikan risalah suci ini terus bertahan di atas muka bumi ini. Beruntunglah kekasih Allah tersebut kerana mendapat tarbiyah rabbani yang didatangkan khas dari Rabbul Jalil sekali gus telah mengangkat martabat baginda sebagai insan paling mulia di langit dan bumi. Kisah ini cukup penting untuk kita renungkan agar kita tahu perletakan setiap diri umat Islam benar2 berada di tempat yang menguntungkan pada perjalanan sejarah perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Dalam masa sesingkat ini, Cahayafm telahpun mendapat sokongan daripada individu pelbagai latar belakang pendidikan dan jawatan serata dunia. Alhamdulillah, cuma mereka belum mengaktifkan siaran bersama Cahayafm. Justeru, sempena hari ke-10 Cahayafm ini berada di gelanggang maya, saya menyeru agar rakan2 FB Cahayafm dapat mengaktifkan radio anda setiap kali online. Biar waktu luang kita berkongsi maklumat, bertanya khabar sesama ahli atau bersantai di FB menjadi ruang sambilan kita mendengar lagu2 nasyid dan info2 di Cahayafm. Sungguh, kehadiran anda di Cahayafm setiap kali kami mengaktifkannya membuatkan kami lebih kuat memikirkan segmen yang wajar kami ke udarakan. Bukan itu saja, keaktifan anda bersama kami pasti mencabar kami untuk lebih berfikir akan adunan hidangan terbaik yang sesuai dihidangkan di Cahayafm termasuklah info2 dan ilmu2 .

Ikhwanku yang dirahmati Allah, sempena hari ke-10 kelahiran Cahayafm ini, sekali lagi saya mengajak atas dasar seislam agar mengaktifkan diri anda bersama Cahayafm. Jika tidak, kewujudan Cahayafm ini tiada ertinya pada dunia Islam dan ini amat sedih seperti sedihnya kisah kesedihan nabi saat dua manusia terpenting di sisi baginda S.A.W. meninggalkan baginda.

Ikhwanku seislam, Cahayafm ini milik kita bersama kerana asas binaannya dengan niat memaslahatkan dunia Islam. Ayuh kita jadikan Cahayafm ini gedung info maya buat dunia Islam. Campakkanlah ilmu anda di ruangan FB walau sedikit, untuk dimanfaatkan oleh sahabat2 yg perlu dan dahagakan ilmu. Daripada menghabiskan sepenuh masa di ladang angan2 ciptaan Yahudi atau menghabiskan masa membaca umpatan2 sesama kita, biarlah kita luang masa yang ada untuk memaslahatkan diri kita, biarpun sedikit.

Akhir sekali, atas nama seislam, tolong Cahayafm.

Jumaat, 16 April 2010

Aku Tunggu Disini.


Maafkanku Cahayafm.
Lahirmu di lantai fakir bersama pelita kampung
namun aku bangga,
kerana kau mengerti.
Saat kudukung kau di riba kalimah azan,
kausenyum padaku.

Katamu dalam senyuman,
sampaikanlah walau sepotong ayat dan ingatlah,
demi masa, manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan.
Di sini aku kuat,
meski aku bersendirian di alam maya .

Kutitip pesanan ini buat ikhwanku.
Bacalah dengan nama Tuhanmu.
Usah lagi berselimut dan baring
di tilam empuk kau-kau, aku-aku.
Cukuplah sejarah silam menghambat tubuh kehancuran
justeru perpaduan dilihat slogan bahasa indah.

Mari kita rempuh dengan tangan jihad
demi mengejar cahaya iman.

Aku tunggu di sini.

Deejay


Norhayati binti Musa seorang pendidik yang berasal dari daerah Keningau, Sabah, bakal menjadi penyampai di Cahayafm. Kepada rakan2 Cahayafm, diharap anda semua dapat menerima dan menyokong beliau . Terima kasih.

Khamis, 15 April 2010

Deejay


Assalamualaikum. Cahayafm mengucapkan terima kasih atas sokongan padu para pendengar semua. Kepada individu2 yang berumur 18 tahun ke atas serta berminat menjadi deejay di Cahayafm, anda bolehlah berhubung terus dengan kami untuk maklumat lanjut.info@cahayafm.net

Lagu Ketuhanan.


Salam, kepada pendengar2 cahaya fm sila beri bantuan pada kami mencari lagu2 berunsurkan ketuhanan dalam apa sahaja bahasa, rentak dan melodi untuk di jadikan koleksi cahaya fm. Sila bagi tajuk lagu dan penyanyi untuk memudahkan pihak kami mencari. TQ

Rabu, 14 April 2010

Pesta Dakwah.


Pesta dakwah di alam maya melalui hiburan dan informasi hanya di Cahayafm shoutul Islam, radio online pertama di Malaysia yang tampil membawa imej Islam . Sudah sampai masanya kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia, tanpa mengira kaum dan keturunan maju menyatakan kebenaran Islam mengikut keupayaan masing2, sesuai dengan perintah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampaikan seruan dakwah ; sampaikan olehmu walau sepotong ayat. Atas kesedaran mendalam setelah melalui beberapa siri pengalaman berkecimpung dalam bidang penyiaran radio online, maka Cahayafm Shoutul Islam yang menghidangkan hiburan dan perkongsian ilmu serta info2 dunia Islam terkini ditampilkan untuk kita manfaatkan bersama. Harapan kam agar kaum muslimin dan muslimat sama2 menyemarakkan lagi usaha dakwah ini dengan cara menyokong dan dan mengikuti setiap segmen yang bakal kami paparkan keudarakan setiap hari.

Sehubungan itu, kami mengharapkan agar para muslimin dan muslimat tanpa mengira pangkat dan kedudukan sudi menambahkan FB Cahayafm sebagai salah satu FB ikutan kalian di samping memperkenalkannya kepada sahabat2 dan kenalan kalian. Ingatlah, bahawa tidak mungkin orang kafir akan menyatakan kebenaran Islam dan membantu Islam melainkan kita sendiri yang berpegang pada ajaran Islam. Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, sejarah telah membuktikan tanpa perpaduan yang kukuh antara kita pasti akan menyebabkan Islam mengalami kehancuran dan kehinaan.

Kepada jabatan2 agama dan badan2 NGO serta orang perseorangan yang terlibat dengan usaha2 dakwah, kami mengharapkan agar kalian dapat memberikan info2 dan berita semasa untuk dijadikan bahan on air kami setiap kali bersiaran. Mudah2an dengan cara ini dapatlah kita membantu usaha2 dakwah yg tuan2 jalankan kerajasama ini perlu untuk memenuhai segeman2 yang kami ke udarakan.

Selain itu kami perlukanjuga sokongan bantuan kewangan untuk membeli peralatan seperti PC , MIC, PERAKAM SUARA, dan peralatan lain untuk meningkatkan mutu siaran dan pembikinan iklan2 semasa. Kepada tuan2 yang mempunyai kelebihan kami sedia menerima sumbangan tuan2.

Selasa, 13 April 2010

Assalamualaikum

Kepada warga Islam di mana juga anda berada saat ini, selamat datang ke cahayafm radio online pertama di Sabah yang menampilkan hiburan dan info terkini berkonsepkan Islam 100% serta diasas berdasarkan rasa kesedaran dan tanggungjawab sebagaimana maksud firman Allah dalam Al-quran;

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan saling mengajak kepada kebenaran dan saling
menasihati dengan kesabaran." ( Surah 103, Surah al-‘Asr )

Atas dasar ini, beberapa orang di sebalik tabir Cahayafm , bangkit mengisi ruang pentas maya yang semakin mendapat tempat masa kini, sebagai pilihan mereka untuk mendapatkan hiburan dan info. Mudah-mudahan kelahiran cahayafm ini sedikit sebanyak dapat mengisi ruang waktu untuk anda mendapatkan info di samping menjadi saksi di hadapan Allah kelak bahawa kita punya usaha amal makruf nahi mungkar semasa hayat.

Kepada anda di luar sana, bolehlah bersama kami dalam beberapa segmen yang bakal ke udara di Cahayafm ini antaranya; Siaran langsung Khutbah Jumaat dari masjid2 dan surau2 di Sabah, Dunia Remaja Islam, Bicara Tokoh Islam, Bicara Koperat Islam, Berita dunia Islam, menyelusuri sejarah silam Islam, dunia mualaf, bersama JHEAINS, ABIM, USIA dan JAKIM. Anda yang ingin menyumbang idea dan memberi cadangan terhadap segmen, bolehlah meninggalkan cadangan2 anda di FB cahayafm untuk diambil tindakan selanjutnya.

Selain itu, Cahayafm turut mempelawa mana2 individu berumur 18 tahun ke atas yang berminat menjadi penyampai atau Deejay Cahayafm secara sukarela. Makluman untuk perkara ini akan kami infokan dari masa ke masa di FB Cahayafm.
Akhir sekali, kami mengharapkan sokongan padu dari semua lapisan masyarakat baik para pemimpin politik, badan2 NGO dan orang perseorangan.

Sekian,
Terima Kasih.
Pentadbir Cahayafm.

Isnin, 12 April 2010

Empat.

Islam akan tertegak bila mana 4 golongan ini bersatu; 1. Ilmunya ulama', 2. Adilnya umarak, 3. Pemurahnya orang kaya, 4. Doa orang fakir. Ulama' menjadi rujukan hukum, umara' meletakkan keadilan dalam pemerintahan, para jutawan menjadi bank pada umat, doa golongan miskin mustajab.

Kod HTML Player Cahaya.FM